Monday, 13 June 2011

Bermulanya Semester yang Baru

Pengurusan skslokan.blogspot mengucapkan selamat memulakan semester yang baru kepada semua warga sekolah di seluruh Malaysia kursusnya warga Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan.

Permulaan semester dua bagi tahun 2011 didahului dengan perhimpunan seluruh warga SekolahKebangsaan Sungai Lokan. Sambutannya agak memberangsangkan, dengan hanya 2 orang murid sahaja yang tidak hadir atas faktor kesihatan.

Dalam perhimpunan itu, Guru Besar, En. Jenaidi Haji Ahmad mengingatkan kepada murid-murid agar berusaha meningkatkan prestasi akademik mereka. Turut dingatkan , sebelum berakhirnya semester yang pertama, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan telah menduduki Peperiksaan Semester Pertama. Ada keputusan yang memberangsangkan, ada yang tidak. Oleh itu, Guru Besar mengingatkan murid-murid agar berusaha menangani masalah yang timbul dengan baik.

Majlis perhimpunan dijalankan secara ringkas. Majlis ditangguhkan sekitar jam 7.50. 


 Pengerusi Majlis, Cikgu Abdul Azim Ramlon, merangkap guru yang bertugas pada minggu ini.


Guru Besar sedang menyampaikan ucapan beliau.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More